U click, i'll click back!!

Wednesday

Voucher losyen Vaseline off RM3


Weeeeeeeeeeeeee...Hye all,
korang suka pakai losyen? Vaseline adalah salah satu range losyen yang aku sangat suka pakai.. Aku pakai kaler FINK dan YELOW MELOW .
Ni nak bagi korang voucher diskaun RM3 untuk setiap pembelian losyen vaseline.
Syarat2 cengginih...


* Voucher sah hanya di GUARDIAN
* Sah dari 15/06/2011 hingga 31/07/2011
* Diskaun sah untuk produk Vaseline pump (yg botol besar tu,400ml)
* Sah satu voucher untuk satu botol sahaja
* Sila tunjuk voucher ketika redeem.
* Voucher sah untuk semua product vaseline yang ade diskaun.

Sila print voucher disini!!!!

Share ape yang patut..

Tuesday

Selamat hari Isnin korang semua!! Aku sayang korang yang sudi jenguk blog aku yangb aru nak bercambah ni...please please...jenguk lar lagi..
Aku suka share menda2 yang memanfaatkan kita semua..contoh coupon, voucher, program2 terkini..Now aku nak upgradekan lagi kerajinan ku menulis blog.
Tambah lagi sharing kita...aku nak share petua pulak.

Here it is babeh!!
Petua kurangkan resdung..tak dapek lar nak hilangkan terus...
Tapi boleh mengurangkan resdung...kena rajin okeyh!!


Siler lar korang share pulak kat website korang and twitter...ngehehe..

Petua 1:

1. Sedikit akar terung kemar(terung putih tu kan?)

2. Sedikit akar mengkunyit

3. Akar melur susun(Tak pasti cane rupenye)

4. Akar melur biasa

5. Kemenyan

Caranya:

Ø Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .

Ø Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya diwaktu malam.

Petua 2:

  • Hiris halus 3 biji bawang merah.
  • Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
  • Wapkan ke muka anda.

Petua 3:

1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

2. Picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

4. Seterusnya anda basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya

Petua 4:

1. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak.

2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja.

3. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.

4. Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.

5. Bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya. Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung.


Thursday

Daddy eats free on this Father's day(19th June 2011))


ONLY at NANDOS!!

* kupon sah hanya untuk 19th June sahaja!!!

* Hanya untuk dine in..makan dalam restoren sahaja okeyh! Sile booked tempat utk 3 org(at least)

* Memuler, korang kena order 2 set ayam...dan tunjuk kupon.

* Dah tunjuk kupon, barulah ayah korang akan dpt set suku ketul ayam free. berserta 2 side dish dan dessert okeyh!! Meal set ini bernilai RM15.90

* Sile print coupon disini!!!

* Bila lagi nak belanja encik hubby and ur daddy!!!

Wednesday

RM33 for 3 regular pizza & 2 garlic bread


Oklar, macam biasa nak update coupon..

Aku takder dapat pape pon, saje nak bagi korang coupon mahh..
RM33 untuk 3 bijik regular pizza dan 2 garlic bread, gud deal rite???

click here bebeh!!!

Monday

Marie France Bodyline Annyversary uols!!


Jom sambut ulang tahun Marie France Bodyline
Kite ramai2 leperkan perut dengan promosi derang,RM58 only.
Dengan setiap pendaftaran korang akan dapat RM10 Voucher Coffe Bean

Ade lagi korang,Sempena ulang tahun ni jugak
derang bagi 2 bijik iPad 2 setiap minggu sepanjang Jun.

Maklumat lanjut klik sini okeyh!

Hazama juara AF9 ! Tahniah!!


Hye Korang, tentu korang semua tengok AF9 finale semalam kan?
Hazama telah pon selamat dinobatkan sebagai juara AF9. Lagu baru beliau pon sedap didengar , Cinta Teragung. Lena muncul naib juara dengan lagu singlenya Sisa Kisah Kita yang bagi aku ok lar nyanyiannye..maybe kaloaku nyanyi lagi sedap kot..Ngahahahah...

Okeyh, tempat ke-3, jatuh kepada Fina Sassuuuuu...Single baru dia Menangis Lagi. Azri mendapat tempat ke-4 dengan single yang tak kurang hebatnya Niskala, korang baca lirik dia...macam best kan?

Memang amat terhibur semalam, dengan kehadiran ke empat2 pengacara yang pernah mengacarakan AF. Aznil, Sarimah, Jimmy dan AC Mizal..derang memang terbest over the best!!
Tapi alangkah bahagianye kalo derang dapat kumpolkan semua juara AF1 sampai AF8..Ini sekerat2 gitu..no offend! Yang penting best! Meletopss!!


Next entry aku letak link untuk korang download lagu okeyh!!!
Bye uOls...Muahhh!

Credit picture to Kamal mustaffa & beritagempak.com

Terengganu Menang Piala FA & Juara Keseluruhan SUKMA!!!


Ler...Kalah menang adalah adat pertandingan.
Aku memuler tu memang dah pasrah dah masa Kelantan jaringkan gol.

Tapi miracle does happens yall!! Ngeheheh,

TAHNIAHH UNTUK SEMUA PEMAIN TERENGGANU!!!
Dengar kate nak hadiahkan piala FA kepada Agung...betul ke?

Pagi tadi lak , aku dengar cerita Piala FA akan ditempatkan dalam Muzium Negeri Terengganu kat Losong(Nama Daerah area Kuala Terengganu). Tapi, masih dalam perbincangan pulak..
Which one maa???

Dan lagi SUKMA, Terengganu mengutip 30 pingat emas!!! Wohooo!!! Korang memang power ar!!

Tahniah buat semua atlet2 dari Terengganu!!!!!!!!

Credit picture to UTUSAN!!!

Friday

Pompuan ley kencing berdiri??? Wat da hek!!!

Ini adalah benar!! Tiada yang benar melainkan yang benar..
Korang jangan terkejut, memang menda alah ni ada . Siap dijual dalam internet lagi.


Pikir2 balik , bagus gak ade menda alah ni. Contohnye bile korang nak kencing kat tandas awam, pehtu mangkuk tandasnye Nauzubillah KOTOR..then pakaila menda ni.
Selain itu, sangat2 berguna untuk orang2 kurang upaya yang patah kaki, cacat, pregnant yang tak larat nak cangkung dan orang2 yang seangkatan dengannya..

Ini salah satu jenama yang menjual menda alah ni.(namanye "Stand To Pee")


Ini lak salah satu gambar real life punye..hygenic one ma..(katenye..). Sangat lembut dan elastik, Ada dijual yang disposible punye gak. Check this website . Korang kalo nak beli, boleh beli online kat situ. Range price agak mahal dalam RM30.50(selepas convert USD to RM) tapi kalo dapat yang reusable punye..pakai cuci ko lalu ke??? NGahahahahahahah...


credit picture to mr. google!!

P/s: kalo nak beli gift utk ur papa, klik sini okeyh!!

Wednesday

Panduan yang betul guna kredit kad

Sumber : http://azza4eva.blogspot.com/2008/04/cara-yang-betul-guna-kredit-kad.html

Credit goes to Iskandar kerana meyenaraikan tips-tips yang berguna ttg cara-cara menggunakan kredit yang betul..

Ini adalah saranan saya pd yg pakai credit card. Saya dulu kerja kat Citibank bahagian customer service. Bila kerja kat situ baru tau yg rupa2nya ramai yg tak tahu camne nak pakai credit card. Reti swipe aje. Last2 muflis!

Ini caranya:

1) Fahami Interest Rate
Interest utk kredit kad adalah 18 % setahun. Lebih tinggi dari personal loan, housing loan dan mana2 loan lain. Dia cuma rendah sikit dari Along punya loan je. Dlm erti kata lain, credit card bakal membunuh anda kalau tak reti gunakannya

2) Bayar Full
Bila dah pakai $1000 tk bulan tu, silalah bayar $1000 juga. Jgn bayar minima atau kurang dari $1000 sebab anda tak akan rasa hutang itu meningkat. Tunggu setahun aje, kalau bayar minima anda akan terperangkap hutang.

3) Jgn ambil cash advanced
Interest rate dikira pd balance yg you tak bayar sahaja. Kalau you bayar full dlm masa yg ditetapkan, you tak byr pun interest. Tapi cash advance dikira pada semua cash yg you ambil, bermula dari tarikh you withdraw, sampai tarikh you bayar. Ini ramai tak tau. Cash advance adalah pembunuh gila2 nyerr!!!

4) Bayar yearly fee guna points
Bila dah dpt points tu, jgn la pi pakai buat tebus teddy bear. Simpan utk bayar yearly fee you. So , you pakai facilities credit card secara percuma.

5) Pakai 1 saja
Ada org suka pakai sampai berbelas2 kad. Dia ingat dia pandai, tapi sebenarnya dia tak pandai. Maximum pakai 2 saja - satu Visa, satu Mastercard.

6) Jaga kad elok2
Kalau kad dah ada, simpan elok2. Kalau tiba2 kad takde, terus call customer service immediately. Kalau you hilang kad pukul 2 tapi call pukul 5 dan dlm 3 jam tu ada org gunakan kad you .. you kena bayar. Sorry!

7) Boleh pakai di internet
Jgn takut, walaupun byk fraud, sebenarnya credit card company takleh nak detect pun ( buat masa ni lah). So selalunya kalau ada internet fraud pada kad you, dia akan cancelkan kad. Selalunya you mmg tak yah bayar. Yg rugi ialah kedai yg mana kredit kad tu kena charge je.

9) Pakai installment bila perlu
Kadang2 kita nak beli benda installment e.g Peti Ais tapi katakan Aeon punya interest rate tinggi. Boleh la pakai kad sebab ada kad yg boleh bagi installment tanpa interest/interest rendah. Tapi make sure bayar la.

Kesimpulan?
Kalau takleh disiplin, jgn pakai kad. Saya tak pakai pun kad kredit ( sebab dah tengok kehebatan pukulan hutang kad kredit ..). Wife saya saja pakai, itupun every month saya pastikan dia bayar full.

Wassalam. harap dpt membantu.


Thursday

FOTD: Vintage Classic Make up inspire..

Salam and Namaste..

Korang tentu dah tau FOTD tu hape kan? Alahhhh...yang orang duk riuh2kan 'face of the day' tuuh..


Ini lak barang2 yang aku guna.. Safi rania gold, maybeline aqua foundation(14-Sand), compact powder Miyami(2-Medium), Avon Blusher in Rose lustre,Avon Glimmerstick Eyeliner black dan jugak eyeliner putih(jenama cap ayam).

Memule calit safi rania gold nipis2 dan rata... kemudian, calit pulak foundation maybeline kasik rata tauu..then, sapu nipis bedak miyami di bahagian yang tak sekata..bukan sapu tapi tekap2 span ke wajah. kalo sapu nanti kemasan tak elok. Sikalang, dgn menggunakan brush yang besar lg lebar, calitkan pulak blusher avon. Jangan terlalu over, kang macam badut lak jadinye.

Now, gariskan eyeliner putih pada bahagian dalam mate lopak bawah. then gariskan eyeliner hitam memanjang, dari lopak mata atas tu tarik sampai lentik ke atas ye..beruskan pulak mascara(lupe nak letak gambar mascara..brand EMPRO, day and night)

Tara...biasa2 je..over sket pada eyeliner ..blusher please jgn terang sangat okeyh..
I usually brush a little brow liner kat kening..tapi kali ni tertinggal pulak.
Sile abaikan kening serabai tu...Ahahah.

p/s: bukan nak sejibik serupe pompuan dlm gambar tu..but boley lar..

credit picture from coutureallure.com.

Kalo nak beli barang pape untuk ayah/papa, suami...siler ar jenguk link ni

Wednesday

Free 1 liter Marigold yogurt!!!

Yuhuuuuu...

Meh nak update sikit..promosi ini sah dari 4 bingga 5 June (bermula 11am ke 3pm)
Jom serbu ramai2..bukan kena bayar pon.

Okeyh, Syarat2:
* Sile bawak botol kosong jenama yogurt marigold dan pergi ke tempat2 yg tertera!!!
* 100 orang yg pertama akan dpt 1 Eco Bag dgn 1 recylce note pad.
* Pergilah awal sikit jgn kul 2 or 3 petang baru pergi, confirm cepat abis(Menda free!!!)


Yang dekat dengan aku TESCO Ampang dgn Jusco Maluri maa...


Belilah barang untuk ayah tersayang...uniq gift, create on your own!!! click, click!!

Balasan untuk isteri derhaka

Assalammualaikum,

Buat semua kaum hawa, isteri dan bakal isteri..di sini aku nak share satu artikel dari majalah Anis tentang balasan buat isteri yang derhaka kepada suaminya. Sama2 lah kita renungi dan ambil pengajaran.

1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami

Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?

Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

(Riwayat Imam Bukhari)

2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami

Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”

3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami

Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)

4. Balasan wanita yang lari dari rumah

Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)

5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami

Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.

6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya

Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami

Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.

Semoga kita semua sentiasa menjadi isteri yang baik dan solehah. Jalankanlah tanggungjawab dengan penuh cinta dan ikhlas..

Perkahwinan bukan mencari yang terbaik, tapi cuba untuk menjadi yang terbaik.

ps:Belilah barang untuk ayah tersayang...uniq gift, create on your own!!! click, click!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...