U click, i'll click back!!

Friday

Betapa...betapa

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;

tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari
ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang
Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya………


ChurpChurp | Social Share >>Peraduan MILOFUZE derrr

Cuba ar click on the link, maner tau korang ley menang hadiah..hehehe

ChurpChurp | Social Share » Are you The Pretty? The Shy? Or Mr. Ampu? Play the game and win up to RM 40k! (Preview)

Wednesday

Kat Taman KLCC.

Semalam, kami menyinggah ke Taman KLCC. saje bawak anak2 jenjalan. Ady pon dah lame ajak ke Taman KLCC... lepas makan tengahari kitorang pon bertolak ar.


Macam biasalah, budak2 kalo dapat mandi kolam..dah kecut jari jemari pon takder dia nak naiknye.. Kesian adi mandi sensorang, anak baby sitter takmo joint sebab tak sihat.


Budak kecik ni pon sempat mandi kat air pancut. Syoknyer dia, mandi bogel lagi..hahahah. Sekian, kite jumper lagi!!

Thursday

Makanan pejal for THE CURIOUS QUSYAIRI



Owhh...Excited..excited...

Tu ari , aku dah bagi Qusyairi makan solid food for the last 2 months...
Tapi masih baru perkenalkan dia dengan bubur nasi. Dia suka sangat!!!

Sebab dia suka sangat makan..aku pon rajin lar experimentation few kind of recipe..
Contohnye:
Isnin, aku masak bubur + carrot + ayam...

Selasa, Bubur + labu kuning + ikan bilis blend(Goreng dengan minyak yg sikit, pekap kat kitchen towel, blend hancur, campur air dan tapis)

Rabu, Bubur + Jagung muda + daging

Khamis, Bubur + Brokolli + Ayam

Jumaat, Bubur + Carrot + Ikan bilis blend

Sabtu, Bubur + kentang + Daging

Ahad, Bubur + brokolli + ikan bilis blend.

Cara2 nye senang sangat..rendam setengah cawan beras dengan air semalaman..
Esok pagi, masak beras tersebut dgn ayam atau daging atau ikan bilis blend sampai halus.
Masukkan sayur yang dipotong kasar last sekali..kuatkan api(supaya protein dan zat dalam sayur kekal).

Then, keluarkan sayur dan isi ayam/daging..kemudian blender hingga halus(aku pakai blender kering yg kecik tu)
Lepas tu, gaulkan semula dengan bubur dalam periuk hingga mesra. Siap dihidangkan atau tapau for baby sitter.

There are more variation of vege or fruit that we can try on. But, always bear in mind that to sustain the protein inside fruit or vege , don't overcooked it!
Here's few more sayur or buah you might wanna try to cook together with bubur nasik.

* Daun Bayam
* Lobak Putih
* Ubi keledek
* Saderi (celery, masak dgn daging mmg UMPHH!!)
* Bunga kobis
* Buah epal
* Buah pear
* Isi buah kurma (blend together with porridge, jadi bubur manis)
* Kismis
* Avocado
* Kacang peas
* Daun sawi

That's all for now...kite sambung on the next entry..

Wednesday

Adik aku..



Dia tak rajin..tapi kadang2 rajin..

Dia tak kedekut..sebab tu selalu kena marah pasal boros..

Dia tak garang..tapi kalau dia marah Ady, sampai tingkat 5 dengornyer!

Dia tak gemuk...kurussss sangat...

Dia tak cantik..sbb aku lagi cantik..bhahahahaha

Dia kuat merajuk...kadang2 muncung sehari..

Dia tak pandai masak...goreng2..basic2 boleh ar..

Tapi busuk2 pon adik aku gak..Ehehehe..
Sekarang duduk sekali dgn aku pasal dia wat part time job..
Nanti nak sambung belajar katenye...Bagus! Belajor betui2 sbb ko muda lagi.
Kalo otak dah karat macam aku nih..takdernyer dapek nak nolong...Huaaaarrrghghh..sadis!!!

Selamat Tahun Baru 2011, the begining of the new episode...


Salam sayang kepada semer kawan2,

Walau pon entry kali ni kelihatan agak basi, namun utk melengkapkan diary 2010 kena gak kite mulakan dengan clinch yg ala2 penutup gitu.

Tahun baru ni , tentulah semua ade azam baru...semangat baru...wishlist baru or maybe yg same? Dan beberapa lagi yg rasanye tak perlulah aku listkan semuanye di sini.

Tahun ni, wish list aku...ehem2...
nantilah , next entry aje..hehehe

for this time being...
to all my dearest friend and friend of friends...
Publish Post

Aku nak ucapkan selamat tahun baru 2011..semoga tahun ini membawa seribu rahmat.. menyatukan hati yg gelap, menjauhkan dendam kesumat...membawa sinar baru buat semua..
Alhamdulillah kita masih bernafas hingga hari ini..

sekian wat kali inih...Hurmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...