U click, i'll click back!!

Thursday

FOTD: Vintage Classic Make up inspire..

Salam and Namaste..

Korang tentu dah tau FOTD tu hape kan? Alahhhh...yang orang duk riuh2kan 'face of the day' tuuh..


Ini lak barang2 yang aku guna.. Safi rania gold, maybeline aqua foundation(14-Sand), compact powder Miyami(2-Medium), Avon Blusher in Rose lustre,Avon Glimmerstick Eyeliner black dan jugak eyeliner putih(jenama cap ayam).

Memule calit safi rania gold nipis2 dan rata... kemudian, calit pulak foundation maybeline kasik rata tauu..then, sapu nipis bedak miyami di bahagian yang tak sekata..bukan sapu tapi tekap2 span ke wajah. kalo sapu nanti kemasan tak elok. Sikalang, dgn menggunakan brush yang besar lg lebar, calitkan pulak blusher avon. Jangan terlalu over, kang macam badut lak jadinye.

Now, gariskan eyeliner putih pada bahagian dalam mate lopak bawah. then gariskan eyeliner hitam memanjang, dari lopak mata atas tu tarik sampai lentik ke atas ye..beruskan pulak mascara(lupe nak letak gambar mascara..brand EMPRO, day and night)

Tara...biasa2 je..over sket pada eyeliner ..blusher please jgn terang sangat okeyh..
I usually brush a little brow liner kat kening..tapi kali ni tertinggal pulak.
Sile abaikan kening serabai tu...Ahahah.

p/s: bukan nak sejibik serupe pompuan dlm gambar tu..but boley lar..

credit picture from coutureallure.com.

Kalo nak beli barang pape untuk ayah/papa, suami...siler ar jenguk link ni

Wednesday

Free 1 liter Marigold yogurt!!!

Yuhuuuuu...

Meh nak update sikit..promosi ini sah dari 4 bingga 5 June (bermula 11am ke 3pm)
Jom serbu ramai2..bukan kena bayar pon.

Okeyh, Syarat2:
* Sile bawak botol kosong jenama yogurt marigold dan pergi ke tempat2 yg tertera!!!
* 100 orang yg pertama akan dpt 1 Eco Bag dgn 1 recylce note pad.
* Pergilah awal sikit jgn kul 2 or 3 petang baru pergi, confirm cepat abis(Menda free!!!)


Yang dekat dengan aku TESCO Ampang dgn Jusco Maluri maa...


Belilah barang untuk ayah tersayang...uniq gift, create on your own!!! click, click!!

Balasan untuk isteri derhaka

Assalammualaikum,

Buat semua kaum hawa, isteri dan bakal isteri..di sini aku nak share satu artikel dari majalah Anis tentang balasan buat isteri yang derhaka kepada suaminya. Sama2 lah kita renungi dan ambil pengajaran.

1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami

Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?

Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

(Riwayat Imam Bukhari)

2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami

Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”

3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami

Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)

4. Balasan wanita yang lari dari rumah

Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)

5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami

Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.

6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya

Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami

Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.

Semoga kita semua sentiasa menjadi isteri yang baik dan solehah. Jalankanlah tanggungjawab dengan penuh cinta dan ikhlas..

Perkahwinan bukan mencari yang terbaik, tapi cuba untuk menjadi yang terbaik.

ps:Belilah barang untuk ayah tersayang...uniq gift, create on your own!!! click, click!!



Monday

Coupon Pizza Hut chicken Wing at discount price

Yerp!! Ini Betul2..bukan cobaan..
Promosi hanya untuk hari ini saja!!!
Normal price 13.50 tambah govt tax 6%
with coupon korang bayar RM8 lebih je for 8 ketul chicken wing!!!(RM8 lebih include govt tax oredi!!)

Siler print coupon di sini

Mc'Donald coupon buy one free one Mc'Chicken

Sile print !!! klik sini dulu!!

http://www.mcdonalds.com.my/highlights/lovinmidmonthpromo.asp

Tanah Runtuh hulu langat..

AMPANG: 23 Mei – Dua daripada sembilan yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat terpaksa dipotong kaki untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Kaki kiri Zulhairi Aminuddin, 13, dipotong di lokasi kejadian, malam kelmarin, oleh pasukan perubatan akibat hancur selepas tersepit dalam runtuhan itu.

Mohd Erwan Zakaria, 33, kakitangan madrasah itu pula terpaksa dipotong kaki kanannya menerusi pembedahan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, lewat malam kelmarin, akibat kecederaan parah pada kakinya. Kedua-dua mereka masih dirawat di ICU hospital itu bersama seorang lagi mangsa yang identitinya tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melawat semua mangsa terbabit, pagi semalam, mengesahkan dua mangsa terpaksa dipotong kaki, manakala seorang lagi cedera parah di kepala.

“Ketika ini, sembilan pesakit dirawat di Hospital Ampang iaitu di wad khas bencana dan tiga daripadanya berada di ICU. Bagaimanapun, semua mereka dilaporkan stabil.

“Selain Hospital Ampang, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Kajang,” katanya.
Turut melawat mangsa yang cedera dalam tragedi itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah; pengacara, Aznil Nawawi serta lima peserta Akademi Fantasia.

Rosnah berkata, Hospital Ampang menjadi pusat utama mangsa tanah runtuh dan keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi hospital itu.

“Pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan pihak kementerian kesihatan juga akan memaklumkan perkembangan terkini keadaan pesakit,” katanya.

Usaha untuk memasuki ICU gagal berikutan dikawal ketat sekurang-kurangnya 10 pengawal hospital berkenaan.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado, Amerika Syarikat, berikutan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang mengorbankan 16 nyawa.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar di sini semalam, berkata Abdul Khalid dijangka tiba di tanah air petang ini dan akan melawat mangsa yang selamat serta bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban.

“Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluarga mereka yang terbabit di Azwen Resort, Hulu Langat,” kata kenyataan itu.

- berita harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...