U click, i'll click back!!

Monday

Coupon Pizza Hut chicken Wing at discount price

Yerp!! Ini Betul2..bukan cobaan..
Promosi hanya untuk hari ini saja!!!
Normal price 13.50 tambah govt tax 6%
with coupon korang bayar RM8 lebih je for 8 ketul chicken wing!!!(RM8 lebih include govt tax oredi!!)

Siler print coupon di sini

Mc'Donald coupon buy one free one Mc'Chicken

Sile print !!! klik sini dulu!!

http://www.mcdonalds.com.my/highlights/lovinmidmonthpromo.asp

Tanah Runtuh hulu langat..

AMPANG: 23 Mei – Dua daripada sembilan yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat terpaksa dipotong kaki untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Kaki kiri Zulhairi Aminuddin, 13, dipotong di lokasi kejadian, malam kelmarin, oleh pasukan perubatan akibat hancur selepas tersepit dalam runtuhan itu.

Mohd Erwan Zakaria, 33, kakitangan madrasah itu pula terpaksa dipotong kaki kanannya menerusi pembedahan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, lewat malam kelmarin, akibat kecederaan parah pada kakinya. Kedua-dua mereka masih dirawat di ICU hospital itu bersama seorang lagi mangsa yang identitinya tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melawat semua mangsa terbabit, pagi semalam, mengesahkan dua mangsa terpaksa dipotong kaki, manakala seorang lagi cedera parah di kepala.

“Ketika ini, sembilan pesakit dirawat di Hospital Ampang iaitu di wad khas bencana dan tiga daripadanya berada di ICU. Bagaimanapun, semua mereka dilaporkan stabil.

“Selain Hospital Ampang, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Kajang,” katanya.
Turut melawat mangsa yang cedera dalam tragedi itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah; pengacara, Aznil Nawawi serta lima peserta Akademi Fantasia.

Rosnah berkata, Hospital Ampang menjadi pusat utama mangsa tanah runtuh dan keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi hospital itu.

“Pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan pihak kementerian kesihatan juga akan memaklumkan perkembangan terkini keadaan pesakit,” katanya.

Usaha untuk memasuki ICU gagal berikutan dikawal ketat sekurang-kurangnya 10 pengawal hospital berkenaan.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado, Amerika Syarikat, berikutan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang mengorbankan 16 nyawa.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar di sini semalam, berkata Abdul Khalid dijangka tiba di tanah air petang ini dan akan melawat mangsa yang selamat serta bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban.

“Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluarga mereka yang terbabit di Azwen Resort, Hulu Langat,” kata kenyataan itu.

- berita harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...