U click, i'll click back!!

Wednesday

Lawak petang ...ngantuk mate weyh!!

Suami Tak Paham Maksud


Pada suatu pagi, si isteri bertanya kepada suaminya....

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus.... Mana abang kenal isteri dia?

=================
BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan kelamin yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan kelamin ini. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
" Sumaat "
"Sedang eloklah tu bang... " jawab isterinya...

================
Kenapa perlu beristeri 3.

"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu is ONE
kalau kawin dua is TWO
kalau kawin tiga barulah is THREE (isTERI)

=======================
Dalam kereta,

Ada pasangan suami isteri nie selalu bergaduh dan pada suatu hari sedang mereka di dalam kereta, mereka masih lagi bergaduh. Tiba-tiba si suami yang sedang memandu memperlahankan kenderaan kerana sekumpulan lembu melintas jalan. Si isteri yang tengah bengang bertanya dengan nada sinis:

Isteri: ha, yang melintas tu ahli keluarga awak ke?
Suami: Aha, mertua saya....

keh keh keh

Moral: jangan gaduh2...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...