U click, i'll click back!!

Wednesday

Balasan untuk isteri derhaka

Assalammualaikum,

Buat semua kaum hawa, isteri dan bakal isteri..di sini aku nak share satu artikel dari majalah Anis tentang balasan buat isteri yang derhaka kepada suaminya. Sama2 lah kita renungi dan ambil pengajaran.

1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami

Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?

Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

(Riwayat Imam Bukhari)

2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami

Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”

3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami

Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)

4. Balasan wanita yang lari dari rumah

Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)

5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami

Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.

6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya

Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami

Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.

Semoga kita semua sentiasa menjadi isteri yang baik dan solehah. Jalankanlah tanggungjawab dengan penuh cinta dan ikhlas..

Perkahwinan bukan mencari yang terbaik, tapi cuba untuk menjadi yang terbaik.

ps:Belilah barang untuk ayah tersayang...uniq gift, create on your own!!! click, click!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...