U click, i'll click back!!

Tuesday

Papa yang sakit..

Assalamualaykom..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat handai, bosses yang menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan(Mr. hubby) ujung February hari tu.

"Cer citer...cer citer..."
OKaylar aku nak citer ni..

Mr. hubby aku ni eksiden kat Jalan Gombak Lama masa baru balik dari konvoi reramai dengan kengkawan dia. Eksiden tu berlaku hari Sabtu,26th March 2011 dalam pukul 5.30 Petang.
Dan Mr. hubby jugak dah inform aku awal2 pasal konvoi dia tu.
Tak taular macam maner nak aku gambarkan perasaan aku masa tu...
Sedih, terkejut, risau, kelam kabut dan macam2 lagilah...

Malam kejadian tu jugak aku pergi Hospital Selayang jenguk mr. Hubby yang terlantar tunggu turn utk di Operate... Dia pon nampak agak trauma lagi..masih boleh bercakap dan gelak2. Mungkin cuba menahan perasaan kot. Aku ni dengan anak lagi..dengan nak kerja lagi.. Tapi aku redha, semua ni ujian dari Allah SWT. Aku percaya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Sehingga posting ni dipublish, dah genap sebulan dan 3 hari Mr. hubby terlantar di rumah. Aku cuba menjadi isteri yang terbaik..ibu yang terbaik utk anak2 dan Mr. Hubby.
Pagi2, masak porridge utk Qusyairi, masak utk mr. hubby..siapkan anak2 utk hantar ke baby sitter. Then, pergi kerja . Malam pulak, kerja rumah yang lain menanti. InsyaAllah, aku boleh handle lagi situasi kelam kabut ni.

*I've been trying to upload his picture but error occur during the process. Maybe i'll upload his picture some other time.

2 comments:

~sue~ said...

semoga cepat sembuh...insyaallah.

Momma De Licious said...

Thanks Sue. Salam perkenalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...